Carila di sini beb...

Loading...

Daftarlah segera sebelum TERLAMBAT !!!

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

LAWAK KER DER-JOZAN

Saturday, March 31, 2012

Al-Quran Digital

Adakah anda ingin memiliki AL-QURAN DIGITAL sebagai :-


a) Barang hantaran bagi pasangan yang ingin berkahwin
b) Kemudahan untuk menunaikan Umrah & Haji
c) Kemudahan mengetahui waktu solat & kiblat ketika outstation
d) Sebagai hadiah kepada ibubapa/ pasangan suami isteri

PERCUMA
a) Tasbih Digital

b) Kompas

JAMINAN 1 TAHUN


Kandungannya:-
a) 1 set Al-Quran Digital
b) Kompas & Tasbih Digital secara percuma
c) Fon telinga (ear phone) berwarna putih
d) Bateri AAA
e) Beg sarung
f) Buku panduan produk
g) Pengecas (Adaptor yang mana boleh disambungkan ke suis elektrik)


Semuanya di dalam 1 kotak


Produk ini mendapat KELULUSAN dari:-
a) UNIT KAWALAN TEKS AL-QURAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI MALAYSIA
KKDN:PQ/Q.1001/2.2/Q/163/2008
b) DEWAN PIMPINAN MAJELIS ULAMA INDONESIA JATIM
NO.Ket-01/MUI/JTM/I/2008

Teks Al-Quran DILESENKAN oleh HARF Technology Mesir

Selain 30 JUZUK AYAT AL-QURAN, ianya lengkap dengan
81 DOA HARIAN....
WAKTU AZAN
..
74 DOA HAJI & UMRAH
....
102 KISAH TELADAN ISLAM
....
14 DOA SELEPAS S
OLAT dll.

Sila layari ruang niaga kami kojalely.blogspot.com di laman http://kojalely.blogspot.com/search/label/Al-Quran Digital untuk mengetahui lebih lanjut senarai kandungan doa harian.. doa Haji & Umrah dll

Produk ini dijual RM260.00 (TERMASUK KOS PENGEPOSAN) & serba sedikit daripada wang yang dilaburkan untuk membeli akan disumbangkan kepada BADAN-BADAN KEBAJIKAN

Pada kali ini, sumbangan untuk setiap pembelian akan diberikan kepada kanak-kanak ini yang mengalami masalah JANTUNG & USUS-USUS SEMPIT sejak lahir pada 29 Februari 2012. Kanak-kanak ini memerlukan pembedahan. Ini adalah gambarnya,

Kisahnya ada dipaparkan di dada akhbar baru-baru ini. Sumbangan akan di depositkan ke akaun ibunya Rashidah binti Mohamad @ Saad CIMB: 02140073279521

Belilah Al-Quran ini. SAMBIL MEMBELI SAMBIL MENDERMA disamping PROMOSI PERCUMA 2 barang yang tertera tadi & Al-Quran ini mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Untuk tempahan sila hubungi
012-6844870/ 017-6611202
layari http://kojalely.blogspot.com untuk cara tempahan online
elykojal08@yahoo.com

Tatapan dari,

Saturday, March 10, 2012

Beli 'Walker Baby' Untuk Puteri Raja Ratu

Ketika Raja Ratu ingin menyertai pertandingan untuk puteri Raja Ratu di Jaya Jusco bebarapa hari lepas. Ratu terpandang diskaun untuk 'walker baby'. Ratu tengok harga amat berpatutan. Jadi Ratu pun memaklumkan kepada Raja tentang keinginan untuk membeli walker tersebut. Memandangkan Raja sibuk dengan tugasnya di hujung minggu, Raja memberikan Ratu sejumlah wang untuk membeli walker tersebut. Emm.. duit sudah ada di tangan. Apa lagi. Masa untuk SHOPPING !!!! Hehe..

Ratu pun beli walker tersebut di Jaya Jusco membawa puteri Raja Ratu bersama ibubapa Ratu. Sampai di Jaya Jusco, Ratu pun makan lah dahulu. Kena isi minyak dulu lah.. Kan nak ber shopping ni.. hUA.. hUA.. hUA.. Selepas makan, Ratu pun terus membeli 'walker baby' tersebut. Ratu rasa bersyukur kerana walker tersebut hanya tinggal 1 sahaja. 'Promoter' tersebut baru memberitahu bahawa 1 walker di situ telahpun dijual sebentar tadi. Jadi tiada stok lagi. Ratu pun 'check' dulu walker tersebut dari segi bunyi mainannya.. butang untuk tukar roda di bahagian bawah walker tu kepada bentuk jongkang jongkit sikit.. takut ada masalah lak nanti. Semasa Ratu dan promoter tersebut check walker tersebut.. ada orang datang lagi ingin membeli. Nasib baiklah Ratu cepat sikit kan. Ini kira rezeki Puteri kami lah ni. Kalau terlambat sikit, mesti Ratu tidak dapat membelinya. Emm.. Alhamdulillah. Sudah rezeki Puteri Raja Ratu untuk memilikinya..

Walker jenis macam ni ada pelbagai kegunaan.. Boleh buka di bahagian dekat roda tu & jadi JONGKANG-JONGKIT.. senang nak bagi MAKAN.. selain tu ada PELBAGAI MAINAN termasuk bunyi-bunyian.. ada ALAS DI BAHAGIAN BAWAH.. sesuai & amat selesa bagi bayi yang permulaan menggunakannya..

Inilah gambar Puteri Raja Ratu yang amat selesa memilikinya... Hehe..

Moga-moga Puteri Raja Ratu bergembira bergerak ke sana ke mari menggunakan 'Walker' ini nanti. Buat masa ni, Raja Ratu menggunakan alas kaki sebagai permulaan bagi Puteri Raja Ratu menyesuaikan dirinya.

Tatapan dari,

Monday, March 5, 2012

11 Orang Yang Menerima Doa Dari Malaikat

Sudah lama Raja Ratu tidak kemaskini segmen motivasi ni. Jadi, pada kali ini Ratu ingin mula bercerita mengenai sesuatu perkara yang mungkin tidak ramai yang telah mengetahuinya. Ratu sendiri pun baru membacanya dan Ratu ingin sebarkan kepada semua pengunjung Teratak ini.

Motivasi kali ini Ratu ingin menceritakan mengenai orang-orang yang mendapat doa dari malaikat. Alangkah indah andainya diri kita tergolong di kalangan orang-orang yang didoakan oleh malaikat ini. Golangan tersebut adalah:-

a) Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
b) Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat
c) Orang yang berada di saf depan solat berjemaah
d) Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
e) Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-fatihah.
f) Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
g) Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah
h) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
i) Orang yang membelanjakan harta (infak)
j) Orang yang makan sahur
k) Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit

Marilah sama-sama kita menjadikan 10 perkara di atas ni sebagai amalan harian kita semua. Hehe..

Tatapan dari,

Saturday, March 3, 2012

Puteri Raja Ratu Menyertai 2 Pertandingan

Emm.. ada pertandingan untuk Puteri Raja Ratu ???? Emm.. berita yang agak gembira ni. Raja Ratu ingin mencuba nasib untuk puteri kesayangan kami ni. Buat masa ni Raja Ratu ingin mencuba 2 pertandingan untuk Puteri Raja Ratu. Pertama, pertandingan di Jaya Jusco dan yang kedua pertandingan di suratkhabar berita harian.

Pertandingan di Jaya Jusco bermula dari 20 Februari 2012 hingga 4 Mac 2012. Pada mulanya, Ratu membeli barang keperluan puteri Raja Ratu di Jaya Jusco. Semasa Ratu membuat pembayaran, Ratu terpandang borang pertandingan CUTEST BABY IN RED CONTEST 2012. Apa lagi Ratu terus membaca syarat-syaratnya. Emm.. syaratnya mudah sahaja. Beli barang keperluan bayi pada harga RM30.00 ke atas dengan 1 resit beserta foto bayi dan hantarkan bersama borang penyertaan di Jaya Jusco yang berhampiran. Inilah gambarnya yang Ratu hantar,
Ok tak. Cuba nasib jer.. Saja suka-suka.. Kalau ada rezeki adalah.. Kalau tidak ada tak per lah.. Sebab Ratu percaya ramai yang menyertai pertandingan ini.

Dalam pertandingan yang ke 2 pula, Ratu terpandang melalui suratkhabar keluaran hari Sabtu setiap minggu. Pertandingan yang Ratu maksudkan di sini ialah PERMATA HATIKU. Caranya mudah sahaja hantar foto anak kita dan gambar itu akan tersiar di suratkhabar tersebut. Inilah gambarnya yang Ratu hantarkan untuk pertandingan tu,

Ratu ingin mencuba nasib sahaja untuk puteri Raja Ratu ini. Kalau tidak masuk pertandingan pun, puteri Raja Ratu ni memang sudah comel di mata Raja Ratu. Hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, February 28, 2012

Usia Puteri Raja Ratu 5 Bulan Kini

Kini pada 22 Februari 2012, genaplah sudah 5 bulan usia Puteri Raja Ratu. Ratu difahamkan di usianya sebegini puteri Raja Ratu ini akan disuntik dengan suntikan 3 serangkai. Sebelum Ratu membawa puteri Raja Ratu ke klinik untuk pemeriksaan susulan 5 bulan selanjutnya, Ratu memberikan suntikan ubat demam. Emm.. itulah yang dinasihatkan oleh jiran Ratu bagi mengelakkan Puteri Raja Ratu terkena demam selepas suntikan tersebut.

Seperti biasa, tiba sahaja di klinik Puteri Raja Ratu di timbang badannya. Habis semua bajunya perlu dibuka termasuklah lampin pakai buangnya untuk mengetahui berat badannya yang sebenar. Ratu lah orang yang paling TAKUT. Bukan takut apa.. Takut nanti Puteri kami terkencing lak bila ketiadaan lampin pakai buangnya. hUA.. hUA.. hUA.. Emm.. berat puteri kami telah naik tapi tidak seperti yang kami jangkakan. Beratnya kini 7.3 kg dengan ketinggiannya 66 cm. Tak per janji puteri kami sihat dan semestinya comel.. Hehe.. Itu yang penting. Kemudian puteri Raja Ratu diberi suntikan 5 bulan. Ratu terus memeluk Puteri Raja Ratu supaya dia tidak menagis ketika disuntik sambil memegang kakinya. Tapi nangis tetap nangis. DAH NAMA PUN BAYI KAN.

Setiap kali puteri Raja Ratu diperiksa, Ratu mesti membaca buku birunya bagi mengetahui rekod perkembangan puteri kami. Emm.. Puteri kami mesti sudah boleh:-

a) Mengawal kepalanya ketika ditarik dari posisi baring ke duduk
b) Menyiarap dan melentang
c) Mengenggam objek
d) Mata mengikut pergerakkan objek
e) Bertindakbalas kepada bunyi

Perkembangan Puteri Raja Ratu kini, dia telah menyiarap sepenuhnya. Inilah rakaman yang sempat Ratu rakamkan untuk tontonan semua. Haha.. Masa ni Puteri Raja Ratu tengah memikirkan macam mana nak menyiarap sebab nak rakam video ni.. Hehe.. Fikir.. Fikir.. Na.. Naa.. Na.. Na.. Naa..

video

Ni adalah rakaman sepenuhnya Puteri Raja Ratu menyiarap. Hehe..

video

Akhir kata, sesungguhnya Raja Ratu memang suka melihat perkembangan puteri kami kini. Pastinya Raja Ratu menunggu perkembangan puteri kami seterusnya untuk melihat dia merangkak. Hehe..

Tatapan dari,